31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah menyasarkan 60 peratus vaksinasi menjelang bulan Oktober

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (tengah) bersama Presiden MATTA, Datuk K L Tan (tiga kiri) dan anggota MATTA.2. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengadakan perjumpaan dengan anggota MATTA yang diketuai oleh Datuk K L Tan (dua kanan) di PPNS pada hari ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

berkata, dengan mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk di negeri ini menerima vaksinasi menjelang bulan Oktober ini, akan membolehkan lebih banyak sektor perniagaan dan perkhidmatan dibuka semula termasuk pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik. 

Beliau turut mengulangi gesaannya agar Kerajaan Persekutuan mempercepatkan bekalan 600,000 dos vaksin pada bulan ini dan 1.2 juta dos pada bulan depan ke Sabah. 

“Kami mahu mengekalkan momentum untuk memastikan penduduk mendapat

vaksin secepat mungkin,” katanya dalam pertemuan dengan Jawatankuasa

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang

diketuai oleh Presidennya, Datuk K.L Tan di Pejabatnya di Pusat Pentadbiran

Negeri Sabah (PPNS) di sini hari ini.

Mengenai cadangan MATTA untuk menghidupkan semua industri pelancongan pasca COVID-19, Hajiji memberi jaminan bahawa dia akan memastikan industri pelancongan di Sabah akan berjaya melalui pelan pemulihan pelancongan yang

komprehensif. 

Katanya, di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0, kerajaan

memperuntukkan RM2.88 juta menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk diagihkan kepada pemandu pelancong, penyelam, malim gunung, porter, pengusaha hotel dan pengendali inap desa

yang terjejas akibat pandemik itu. 

Ketua Menteri berkata, dia juga akan bertemu dengan malim gunung untuk

memberikan bantuan kepada mereka dan untuk menyaksikan pengendalian

program vaksinasi pelancongan di Kundasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN