30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah komited bantu pelajar IPT  yang menuntut diluar negeri

Ariffin bersama pelajar UMSKAL yang bakal ditawarkan biasiswa TPNS.

LABUAN:Kerajaan Negeri Sabah komited untuk membantu anak anak kelahiran negeri itu yang menuntut di luar negeri termasuk di luar negara khususnya diInstitusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, kerajaan melalui Exco Pendidikan Negeri telah mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi menyediakan biasiswa kepada pelajar kurang berkemampuan termasuk mereka yang belajar di luar negeri.

“Sejak ditubuhkan, TPNS telah mengagihkan RM 9.7 juta dan untuk tahun ini sebanyak 5,000 permohonan biasiswa telah diluluskan”, katanya  ketika berucap pada majlis Jelajah TPNS yang di adakan di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, baru baru ini.

Ariffin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri sentiasa prihatin dan berusaha untuk membangunkan modal insan yang berkualiti sekaligus melahirkan pemimpin yang bakal mencorakkan masa depan negeri Sabah.

Justeru itu   lebih 11,000 pelajar dalam dan luar negara  akan ditawarkan biasiswa TPNS  yang melibatkan peruntukan lebih RM113 juta.

Selain itu  itu katanya, beberapa organasasi lain turut membantu  TPNS, ini termasuk Biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah, Perbadanan Baitulmal Sabah dan dermasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pada majlis itu seramai 300 pelajar UMSKAL  bakal ditawarkan biasiswa TPNS.

Hadir sama Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN