32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah, Kedah  juara  ketagori  lelaki dan perempuan  Bawah 12 tahun Kejohanan Golf MSSM 2022

JOHAN…pemain  muda dari Sabah yang menjuarai kategori lelaki bawah 12 tahun Kejohanan Golf MSSM 2022

LABUAN: Pasukan  Sabah dan Kedah masing masing  mucul juara  kategori  lelaki  dan perempuan  bawah 12 tahun Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 yang berlangsung di Labuan.

Naib johan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun disandang oleh  pasukan dari Kedah, tempat  ketiga dimenangi oleh pasukan yang mewakili negeri Sarawak dan tempat keempat Negeri Sembilan.

Bagi kategori perempuan bawah 12 tahun,  naib johan milik Selangor, ketiga Negeri Sembilan dan tempat keempat  jatuh kepada  Kuala Lumpur.

Manakala bagi kategori lelaki bawah 15 tahun, johan dimenangi oleh pasukan Selangor, Naib johan disandang oleh Putrajaya, tempat ketiga dimenangi oleh  pasukan Johor dan keempat jatuh kepada pasukan dari Kuala Lumpur.

Sementara itu pasukan yang mewakili  Kuala Lumpur menjuarai bagi kategori perempuan bawah 15 tahun diikuti naib johan Negeri Sembilan, tempat ketiga dan keempat masing masing dimenangi Selangor dan Pulalu Pinang.

Bagi kategori lelaki bawah 18 tahun, johan milik  pasukan Johor, naib johan Selangor, tempat ketiga Kelantan dan keempat Melaka.

Manakala bagi kategori perempuan bawah 18 tahun, johan dimenangi oleh pasukan Selangor, naib johan Negeri Sembilan, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Kedah dan Sabah.

Sementara itu, pemain lelaki dari Johor, Nor Haqeim Nor Hadi dinobat sebagai pemain terbaik lelaki bawah 18 tahun dengan  mencatatkan 229 pukulan, manakala pemain dari  Negeri Sembilan, Wang Xin Yau dinobat sebagai pemain terbaik perempuan bawah 18 tahun dengan catatan 142 pukulan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohammad yang diadakan di Bilik Persidangan Ujana Kewangan, malam tadi.

Seramai 254 pemain termasuk pegawai melibatkan 16 negeri menyertai kejohanan tersebut yang diadakan di Labuan International Golf Club (LIGC) dan Kelab Golf Labuan (LGC)  dari 5 hingga 7 September.  

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN