27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Sabah kaya khazanah semulajadi: Robert

Robert (tengah)menerima cenderakenangan daripada John Anak Rampai.

KENINGAU:Sabah adalah negeri yang kaya dengan khazanah semulajadinya dari gunung hingga ke lautnya yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, khazanah semulajadi ini boleh pupus sekiranya tidak diurus secara lestari.

Justeru itu katanya,  menjaga khazanah semulajadi adalah tanggungjawab semua masyarakat supaya ianya dapat dipelihara dan diwarisi dan dinikmati oleh generasi akan datang.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan program communication, education and public awareness (CEPA)kesedaran larangan pembakaran terbuka bersama komuniti Mukim Bunga Raya di Dewan Kampung Tonobon Baru dekat sini pada Sabtu lepas.

“Salah satu khazanah semulajadi sangat penting di negeri Sabah ialah kawasan hutannya. Kawasan hutan merupakan kawasan (ekosistem)yang penting dan unik serta mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi” katanya.

Menurut Robert, kebakaran hutan boleh menjejaskan khazanah semulajadi yang bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi aktiviti harian penduduk juga terbatas.

Ini katanya berlaku jika pembakaran jika pembakaran terbuka tidak dikawal pada musim panas.

“Sesungguhnya musibah ini boleh dielakkan sekiranya larangan pembakaran terbuka seperti yang dikuatkuasakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak” tegasnya.

Mengenai dengan program itu Robert berkata, ia mempunyai beberapa objektif, antaranya menyampaikan maklumat mengenai Undang-Undang Alam Sekitar dan aktiviti pembakaran terbuka dan menerapkan rasa kerbertanggungjawab serta pemilikan (ownership)kepada masyarakat setempat terhadap kawasan hutan dan penjagaan kualiti alam sekitar.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah John Anak Rampai, Penolong Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah Cornelius Robert wakil Pegawai Daerah Keningau Yamin Karinong dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN