MASIDI MANJUN – Gambar fail
Kerajaan Sabah mengikut ketetapan ‘total lockdown’ sektor ekonomi dan sosial yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 28 Mei 2021 – Kerajaan Sabah mengikut ketetapan ‘total lockdown’ sektor ekonomi dan sosial yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Jurucakap Pengurusan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, MKN merupakan pembuat keputusan tertinggi dan arahan itu terpakai di Sabah.
“MKN adalah pembuat keputusan tertinggi kecuali ada dikhususkan (kepada negeri-negeri). Namun, kenyataan itu terguna pakai di seluruh negara,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021. -Awani