25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

SABAH FC PERLU MANFAATKAN KELEBIHAN BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI

TERIMA..Bung Moktar menerima jersi yang digunakan Sabah FC dari pengurus pasukan Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir di pejabatnya kemarin

KOTA KINABALU :Sabah FC yang akan melayan kunjungan PJ City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas Sabtu ini mempunyai peluang untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri.

Berikutan itu, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap pemain-pemain supaya menggunakan kelebihan itu sebaik mungkin.

Katanya, selepas mengalami kekalahan 0-2 kepada KDA FC di tempat lawan, giliran Sabah FC untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mengutip mata.

“Pasukan kita perlu bangkit dan menggunakan peluang itu untuk mendapatkan mata,” katanya temui di pejabaatnya di sini kemarin

Sebelum itu Bung
Menerima set jersi yang digunakan oleh pasukan Sabah FC bagi musim ini dari pengurus pasukanya Ahmad Marzuki Nasir .

Timbalan Ketua Menteri itu berkata pemain-pemain seharusnya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dan melupakan kekalahan dengan pasukan KDA FC.

“Lupakan kekalahan itu dan jangan lemah semangat menghadapi lawan,”.

“Perbaiki bahagian yang ada kelemahan dan terus berusaha untuk memburu kemenangan. Bermain di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada pasukan kita,” kata beliau.

Sabah FC ketika ini mengutip satu mata hasil keputusan seri 1-1 dengan pasukan Melaka United selepas mengharungi dua perlawanan.

Perlawanan ketiga di halaman sendiri di samping beberapa pemain import yang besar kemungkinan dapat diturunkan dalam perlawanan Sabtu ini sudah tentu memberi advantage kepada Sabah FC.

Bagaimanapun ia bergantung dengan semangat juang dalam kalangan pemain-pemain tuan rumah untuk menggunakan peluang yang ada sepenuhnya.

Sementara itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya meminta peminat-peminat bolasepak di negeri ini membantu dengan membeli merchandise sebagai tanda sokongan kepada kelab Sabah FC.

Menurut beliau, pastikan mereka membeli yang asli dan bukan tiruan.

“Bantu pasukan Sabah FC untuk mencapai kejayaan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN