28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Transit Pesakit Jantung Mula Dibuka

Tun Musa (kanan) dan Eva berbincang ketika sesi kunjungan hormat.

KOTA KINABALU:  Rumah Transit yang dikendali Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF) mula dibuka untuk para pesakit jantung di negeri ini.

Presidennya , Datuk Eva Susau berkata rumah yang terletak 

berhampiran Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah itu disediakan secara percuma kepada para pesakit jantung yang datang dari kawasan luar bandar untuk meringankan beban mereka.

“Rumah ini mula beroperasi sejak April lalu dan disediakan secara percuma kepada pesakit dari kawasan luar bandar seperti Pitas, Kota Belud dan Beluran.

“Mereka boleh menginap sementara menunggu rawatan atau temu janji hospital,” katanya

ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Menurut Eva, kunjungan bertujuan untuk memaklumkan aktiviti persatuan, selain menjemput Tun Musa sebagai tetamu kehormat bagi Majlis Makan Malam Amal Ke-45, tahun depan. 

SOSHF yang ditubuhkan sejak tahun 1981 telah menghantar lebih 733 pesakit jantung dari Sabah untuk menjalani pembedahan jantung di Kuala Lumpur./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN