YEE SANG…Christina (empat dari kanan) ketika menggaul Yee Sang.
KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Tahun 2025 di Sabah International Convention Center (SICC), pada 30 Januari ini.Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata majlis tersebut akan menampilkan persembahan budaya Cina seperti Wushu, Bian Lian dan Diabolo oleh para pelajar daripada Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SM Kian Kok dan SM Tshung Tsin.
“Selain itu, terdapat juga pameran snek tradisional Cina seperti Lo Mai Chi dan gula-gula Dragon’s Beard serta demonstrasi seni kaligrafi.
“Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai menghadiri majlis yang dijangka akan dihadiri oleh 20,000 pengunjung,” katanya semasa Sidang Media dan Majlis Makan Tengah Hari bersama di sini pada Khamis.
Selain kehadiran
Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka hadir ke majlis rumah terbuka berkenaan.Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Josie Lai. – Penerangan-