RANAU: Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, pada Sabtu ini, 29 April, di Dewan Masyarakat Ranau.
Menurut Pengerusi Pelaksana, Jupirin Haji Ruhimin, majlis dihoskan Masidi, yang juga ADUN N.37 Karanaan itu, akan bermula jam 11.00 pagi hingga 2 00 petang.
“Sehubungan itu orang ramai di daerah ini atau di manapun berada, dijemput untuk hadir seterusnya bersama-sama memeriahkan majlis.
“Rumah terbuka hari raya ini, merupakan acara tahunan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, sejak beliau menjadi ADUN Karanaan sebagai wadah beramah mesra dengan rakyat Ranau khusunya, ranpa mengira bangsa m, agama dan ideologi fahaman politik,” katanya ketika kepada media semalam.
Tambah Jupirin, pelbagai juadah akan disajikan pada majlis ini selain diserikan lagi dengan persembahan pentas.