Robert (tiga dari kiri) mengabadikan kenangan bersama pemimpin-pemimpin negeri yang hari pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri di SICC.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menyifatkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun ini mendapat sambutan dari pelbagai bangsa dan agama.
Katanya, ini menunjukkan budaya tradisi kunjung mengunjung yang diamalkan sejak dahulu terus diwarisi generasi baharu.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, Sabah Negeri di bawah bayu, adalah satu contoh di negara ini yang masyarakatnya sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim di masa adanya perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tshun Baru Cina dan lain lain perayaan.
Justeru itu, Robert menyeru kepada semua lapisan masyarakat dan kepercayaan terus mengekalkan budaya dan amalan ini.
Menururt Robert, beliau terus mengantuni dan berkunjung ke rumah-rumah terbuka yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kerajaan dan masyarakat Islam pada tahun ini.
Beliau turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun yang juga ADUN N. 37 Keranaan di Dewan Masyarakat Ranau baru-baru ini.
Dan yang terkini, Robert menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2023 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor serta pemimpin-pemimpin dan kira-kira 20,000 orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.