31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Ranau, 30 April ini

Hussien Jirat..Pengerusi Penganjur

RANAU: Orang ramai adalah dijemput hadir ke Maj30lis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Anjuran Biro Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen (P.179 Ranau) di Perkarangan Pentas Budaya Pekan Kundasang pada 30 April ini, bermula 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat  Parlimen Ranau, Hussien Bin Haji Jirat (gambar) memberitahu, majlis itu dengan kerjasama JKDB pekan Kundasang, KHR dan Persatuan Peniaga Sayur Kundasang dijangka akan diserikan dengan pelbagai persembahan pentas termasuk Kumpulan Nasyid daripada Kundasang dan Ranau.

“Penduduk kawasan Kundasang dan Ranau adalah dijemput hadir memeriahkan suasana sambutan itu yang akan turut dihadiri para pemimpin masyarakat setempat termasuk Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin”, jelas Hussin yang juga Setiausaha Sulit Kanan Datuk Jonathan ketika ditemui.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa pelaksana majlis itu,   Adzmain Dani turut mengharapkan dan berkeyakinan sambutan Hari Raya mampu memupuk persaudaraan
Masyarakat Madani serta hormat-menghormati dikalangan rakyat tanpa dihalangi perbezaan kaum, agama dan idologi politik.

Menurutnya, para pelancong luar (kalau ada) juga dijemput hadir ke majlis tersebut untuk menikmati juadah yang disediakan pihak Jawatankuas penganjur.

“Apa yang penting ialah semangat toleransi serta persaudaraan berkekalan menjadi fokus utama kita dalam apa sahaja majlis perayaan seperti juga Pesta Kaamatan, Hari Natal, Hari Gawai, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi”, tambah Adzmain.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN