31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rumah SMJ hampir tertimbus

Rumah bantuan SMJ hampir tertimbus akibatvtanah runtuh yang berlaku pada Isnin


RANAU: Sebuah Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) hampir tertimbus tanah ekoran tanah runtuh yang berlaku dekat sini pada dini hari Isnin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kg Lukapon Ranau pada kira-kira jam 1 pagi.


“Panggilan diterima melalui Talian Balai pada jam 1.17 pagi, lalu sekumpulan anggota seramai dua orang diketuai Pegawai Operasi, PBK II Becket Gumat dilengkapi sebuah kenderaan Vigo bergegas ke lokasi.


“Setiba di lokasi yang terletak 3 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu insiden tanah runtuh melibatkan sebuah Rumah SMJ yang menyebabkan kerosakan 5 peratus pada bahagian dinding rumah.


“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan. Tindakan Pasukan Bomba memberi nasihat kepada penghuni rumah agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat yang selamat,” katanya.


Menurut Ridwan, setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi tersebut ditamatkan pada jam 1.48 pagi.


Beliau menggesa penduduk di sini supaya terus berwaspada sepanjang masa selagi cuaca tidak stabil kerana, daripada apa yang dipelajari dalam bencana sebelum ini, keadaan boleh berubah dalam masa beberapa minit.


Beliau turut menasihatkan penduduk kampung di sini supaya tidak teragak-agak dan menghubungi BOMBA RANAU 24 jam di talian 088-878779 atau mendail talian kecemasan 999 dengan segera sekiranya keretakan atau tanah runtuh selanjutnya berlaku.


“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) senang dibawa keluar apabila berlaku kecemasan, juga segera keluar rumah dan pergi ke tempat lebih selamat jika kejadian serupa berlaku pada masa hadapan,” katanya.


Sementara itu, satu gotong royong yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, anggota Bomba dan penduduk kampung di sini pada keesokan paginya.
Gotong royong diadakan bagi membersihkan kawasan dan memotong pokok yang mengancam keselamatan penduduk serta rumah-rumah di kawasan terbabit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN