27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rozman temui pengundi tionghua sempena Perarakan Tokong Ting Ming Yan

ROZMAN  (empat kanan) ketika menghadiri  Perarakan Tokong Ting Min Yan di Kampung Sungai Kaling, pada Ahad.

LABUAN: Calon Parti   Warisan bagi kerusi Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli  berkesempatan menemui pengundi masyarakat tionghua sempena Majlis Perarakan Tokong Ting Ming Yang yang diadakan di Simpang 36, Kampung Sungai Keliang, pada Ahad.

Beliau yang turut diiringi oleh Naib Ketua Bahagian Warisan Labuan, Tan Soon Kiat dan Timbalan Pengarah Jentera PRU 15 parti Warisan, Noor Halim Datuk Zaini  meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra bersama masyarakat tionghua sambil menyaksikan upacara Perarakan Tokong  berkenaan.

Rozman yang  merupakan penyandang dua penggal  2013 dan 2018 atas tiket BN sebelum berpindah ke parti Warisan  telah diberi kepercayaan oleh pucuk parti Warisan  untuk bertanding pada PRU 15  sekaligus cuba mempertahankan kerusi Parlimen Labuan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Warisan Labuan  akan ditentang lima calon lain yang terdiri daripada Datuk Bashir Alias (BN) Datuk Suhaili Abdul Rahman (PN), Datuk Dr Ramli Tahir (PH),  Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din  (PBM) dan Datuk Seri Ramle Mat Daly (GTA-Pejuang).

Rozman berkata pendekatan kempen pada pilihan raya kali ini adalah berhemah tanpa penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum di pulau bebas cukai ini.

“Kempen fitnah tidak akan menjamin peralihan sokongan kepada calon-calon tertentu, malahan akan meracuni pemikiran masyarakat,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN