ROBOH…. Keadaan rumah keluarga Abidin yang roboh akibat di tiup angin kencang pada Khamis.
Labuan: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan Datuk Rozman Isli dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah membuat lawatan ‘turun padang’ bagi membantu mangsa kejadian rumah roboh di Kampung Ganggarak, pada Khamis.
Rozman yang diiringi Setiausaha Parti Warisan Bahagian Labuan Rosli Awang Damit turut meghulurkan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang pada Khamis lalu, sebuah rumah milik Abidin Ali roboh selepas ditiup angin kencang yang melanda kampung berkenaan.

Kesemua lima ahli keluarga yang tinggal dalam rumah tersebut terselamat daripada sebarang kecederaan.
Semantara itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan yang turut dimaklumkan mengenai kejadian itu telah melawat keluarga mangsa untuk menyampaikan bantuan musibah berbentuk kewangan.
Selain itu, MAIWP juga akan mempertimbangkan bantuan-bantuan yang bersesuaian untuk meringankan beban keluarga yang terlibat.