ROZMAN (duduk tengah) bersama barioasan kepimpinan WAKAL sesi 2021-2022.
LABUAN: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kadayan Wilayah Persekutuan Labuan (WAKAL) bagi sesi 2021-2022 menyaksikan Yang Di Pertuanya, Datuk Rozman Isli kekal memimpin persatuan berkenaan.
Walaupun tiada sesi pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan WAKAL bagi kali ke 4 tahun 2022, namun ahli-ahli yang hadir sebulat suara memutuskan Rozman Isli yang juga Ahli Parlimen Labuan dikekalkan untuk menerajui kepimpinan kaum kadayan di pulau ini.

SIJIL….Rozman menyampaikan sijil penghargaan kepada Haji Sapri (kiri) sambil diperhatikan Sudin.
Mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Datuk Rozman pada Sabtu lalu juga menyaksikan ahli-ahli yang hadir sebulat suara untuk mengekalkan barisan ahli jawatakuasa (AJK) yang sedia.
Hadir sama pada majlis itu, Naib YDP, Haji Sapri @ Haji Openg Abidin, Setiausaha Agung, Sudin Samat, Timbalan Setiausaha Agung, Rahimah Haji Lamat dan Bendahari Shaharaizah Arip dan Juruaudit Dalaman, Baplik @ Ray Bangah.
Terdahulu Rozman ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut menekankan agar ahli-ahli WAKAL terus memperkasakan dan memartabatkan persatuan WAKAL menerusi kegiatan yang berteraskan keunikan budaya, bahasa, tradisi dan adat resam masyarakat kadayan.
Pada majlis itu, Rozman turut menyapaikan sijil penghargaan kepada AJK WAKAL 2019-2021.



