26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ROZMAN AGIH 41 KOTAK KUIH BULAN (MOON KEK)

Gambar: AGIH… Rozman menyerahkan kuih bulan kepada Timbalan Pengerusi Tokong Sin Ong Kong,  Sim Kun Teng sambil diperhatikan oleh pemimpin masyarakat Tionghua yang lain.

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli mengagihkan sebanyak 41 kotak kuih bulan (moon kek) kepada  empat persatuan badan bukan kerajaan termasuk sekolah, tokong, dan gereja sempena sambutan perayaan Kuih Bulan.

Rozman berkata, program tersebut adalah aktiviti tahunan yang diadakan  sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan perpaduan dikalangan masyarakat pelbagai kaum disamping memeriahkan sambutan tersebut yang diraikan oleh masyarakat tionghua.

“Walaupun perayaan kuih bulan merupakan budaya kaum tionghua, namun  ia menjadi salah satu simbol dalam menyemarakkan semangat  perpaduan pelbagai kaum yang terdapat di pulau ini” katanya.

Turut sama hadir  mengaggihkan kuih bulan itu ialah beberapa pemimpin masyarakat Tionghua yang meraikan perayaan kuih bulan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN