30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ROZLLEE MIAN DILANTIK PENGERUSI KGKS CAWANGAN RANAU SESI 2022-24

Rozllee (gambar bawah: pertama dari kiri) bersama sebahagian yang hadir dalam sesi foto

RANAU: Rozllee Mian mendapat mandat untuk meneruskan tugas sebagai Pengerusi Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS) Cawangan Ranau bagi sesi 2022 – 2024. Beliau merupakan mantan pengerusi lalu mendapat undi sebanyak 43% berbanding calon kedua, Patrick Yubi mendapat undi 30% yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Turut mengekalkan jawatan ialah Walter Sunggin selaku Setiausaha yang mendapat undi 54% berbanding calon kedua, Rujimah Durasid 10%. Rujimah seterusnya dilantik sebagai Naib Setiausaha.

Jawatan Bendahari juga masih mengekalkan Juraineh Lajim dengan mendapat undi tertinggi iaitu 32%. Seramai 5 Ahli Jawatankuasa Kecil telah dilantik iaitu Lerry Vinson, Saifuddin Saimin, Florence Suah, Arshad Sahjinan dan Dominik Yasin.

Keputusan undian telah dibentangkan oleh Walter dalam Mesyuarat Agung KGKS Cawangan Ranau menerusi aplikasi Google Meet hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden KGKS Sabah, Mohd Kifflee Hj Alli dan Mohd Ridhuan ( Setiusaha Agung KGKS Sabah ) sebagai pemerhati.

Menurut Walter, undian pemilihan calon Ahli Jawatankuasa Tertinggi KGKS Cawangan Ranau telah pun dijalankan lebih awal sebelum Mesyuarat Agung. Lebih seratus orang guru telah melakukan undian.

Terdahulu, Mohd Kifflee dalam ucapan aluan perasmian mesyuarat tersebut berkata Kesatuan Guru Kerajaan  Sabah merupakan  kesatuan sekerja  yang terbesar di Negeri Sabah.  Kesatuan sekerja ini telah banyak memperjuangkan hak-hak para guru di Sabah.

Antara keistimewaan menjadi ahli Kesatuan Guru Kerajaan Sabah ialah ahli akan dilindungi di bawah Akta kesatuan sekerja 1959. Selain itu, isu kebajikan para guru dalam perkhidmatan dan hak sebagai guru akan diperjuangkan oleh Kesatuan Guru Kerajaan Sabah. Justeru itu beliau menyeru agar semua guru di negeri ini, khasnya di Daerah Ranau supaya memohon untuk menjadi ahli KGKS.

Dalam pada itu, Pengerusi KGKS Cawangan Ranau, Rozzlee Mian berkata kepercayaan sekali lagi yang diberikan oleh guru-guru di daerah ini kepadanya bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi diucapkan terimakasih. Beliau memohon agar semua guru terus memberikan kerjasama demi memantapkan lagi KGKS Cawangan Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN