Robert bersama rombongan semasa meninjau saliran anak sungai yang sering melimpah pada musim hujan
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin turun padang meninjau dan melawat masalah saliran anak sungai di Kampung Sondoton dekat sini pada Rabu.
Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tuan Bernedina Pridin dan merinyu Tali Air JPS Daerah Keningau Tuan Freddie bagi meninjau permasalahan yang disebabkan oleh aliran anak sungai di kampung itu yang melimpah di kawasan perumahan penduduk pada musim hujan.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor dan rombongan bergegas ke lokasi berikutan aduan daripada Pengerusi JPKK kampung tersebut mengenai permasalahan yang dihadapi penduduk.
Beliau berharap jabatan yang berkaitan mengambil tindakan segera bagi menyelasaikan masalah tersebut demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Hadir sama, Ketua Kampung Sondoton KK Haji Kamidin Sirad, Pengerusi JPKK Hamirollah Waiman, PPM Bingkor Junior Fred, CDO Bingkor Tinus Majip, Ketua PDM Keningau Station Haji Yazid, Kakitangan Pejabat Operasi UPPM Bingkor Fredolin Jack, Rahman Bidin dan George Dairie.