24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik terima kunjungan hormat STAR Bahagian N.35 Sindumin

Robert (dua dari kanan)semasa menerima kunjungan hormat yang diketuai oleh Eric (dua dari kiri).

KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan rombongan daripada pemimpin STAR Bahagian N.35 Sindumin di Pejabatnya di sini hari ini.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, antara yang dibincang dalam kunjungan itu adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah di kawasan Sindumin.

“Saya sentiasa mengambil perhatian terhadap apa sahaja perkara yang dibincangkan dan disampaikan oleh rakyat” katanya.

Selain Ketua Bahagian N.35 Sindumin Eric Suab , turut sama dalam kunjungan itu adalah Naib Ketua Bahagian 1, Daring Bian dan Ketua Wiranita Puan Sylvia.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN