Robert menerima cenderakenangan daripada Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Awang Mamun Awang Saman.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penerangan Keningau.
Kunjungan ini diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Awang Mamun Awang Saman.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, kunjungan itu mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.
“Disamping itu kita dipihak pemimpin kerajaan mendapat informasi yang terkini darpada Jabatan Penerangan yang menjadi saluran sumber info yang terkini dan sahih” katanya.
Pada hari yang sama Robert juga dikunjungi oleh rombongan Perantau Harmoni Keningau.
Kunjungan tersebut adalah memaklumkan kepada Robert mengenai cadangan Perantau Harmoni untuk menganjurkan Anime Fiesta Keningau yang dijangka akan diadakan pada bulan November tahun ini.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengerusi Panganjur Nizam Imram Bin Blasius.
Turut mengadakan kunjungan kepada wakil rakyat Bingkor itu, Pengerusi JPKK Kampung Kota Ayangan Bingkor Jamatin Kuman.
Jamatin berkata, dalam kunjungan tersebut beliau menyampaikan sedikit sebanyak program dan aktiviti JPKK Kampung Kota Ayangan yang telah dijalankan dan yang akan diadakan sepanjang tahun ini.