24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik sumbang 100 katon air minuman kepada PUNS

Robert menyampaikan sumbangan kepada wakil PUNS

KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk  Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Unduk Ngadau Sabah (PUNS) yang diketuai olah Gloria Ewon, di Pejabat Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Pada kunjungan hormat itu Robert yang  juga Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor  menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai untuk 100 katon Air Mineral 1.5ml kepada PUNS bagi membantu merealisasikan misi persatuan dalam mengumpul 1000 karton air mineral untuk membantu mangsa banjir di Kampung Sugud Penampang dan Kampung Labak Kinarut.

Robert berharap usaha murni PUNS yang telah dirancang itu dipermudahkan dan  mencapai objektifnya serta berjalan dengan lancar.

Katanya, usaha seumpama ini perlu disokong kerana ia merupakan misi kanusiaan.

Sementara itu Gloria merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Robert yang bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada persatuan.

Katanya, dengan adanya sumbangan itu dapat membantu misi persatuan yang telah dirancang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN