31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik sokong pemberian Sabah IC orang asal Sabah

Robert (kiri)bergambar kenangan bersama peserta konvoi yang diketuai oleh Jamain (enam dari kanan).

KENINGAU:Timbalan Presiden STAR Datuk Robert Tawik @ Nordin menyokong pemberian Sabah IC (Kad Pengenalan Sabah)kepada  orang asal  Sabah.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, pemberian Sabah IC khusus bagi orang asal Sabah perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kerana inilah perjuangan parti STAR sejak dahulu lagi.

“Saya sebagai Timbalan Presiden STAR amat menyokong pemberian Sabah IC kepada orang asal Sabah” katanya selepas menyambut dan melepaskan Konvoi Jelajah Promosi Sabah IC di Pekan Bingkor pada Khamis lepas.   

Sementara itu Ketua Konvoi Jamain Sarudin berkata, Konvoi Jelajah Sabah IC telah bermula di Kota Kinabalu dan singgah di bebetapa daerah seperti Penampang, Papar, Beaufort,  Tenom dan seterusnya ke Bingkor, Tambunan dan Liawan sebelum meneruskan jelajah ke Tawau bagi destinasi terakhir.

Katanya, ia bertujuan bagi merealisasikan harapan rakyat Sabah yang mahukan Sabah IC dilaksanakan.

“Harapan kita adalah Sabah IC dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi membezakan orang asal Sabah dengan mereka yang telah diberi IC projek yang terkenal pada tahun 80an” katanya.

Menurut Jamain, pelaksanaan Sabah IC dapat melindungi hak dan kepentingan orang asal di negeri ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN