26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Oktober 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden STAR kouta Bumiputera Islam

Robert….bertanding jawatan Timbalan Presiden untuk perkasakan parti bersama Presiden.

KENINGAU:Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)Datuk Robert Tawik @ Nordin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden kouta Bumiputera Islam pada pemilihan parti akan datang.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor meletakkan tujuh sebab utama kenapa beliau bertanding jawatan jawatan nombor dua dalam parti itu.

Pertama ingin memperkasa struktur parti. Dan kedua katanya, tahun 2021 adalah tahun yang kritikal iaitu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

“Datuk Seri Panglima Datuk Dr. Jeffrey Kitingan adalah tunggak utama kita, kemenangan Presiden di kerusi Parlimen P.180 Keningau adalah perlu dipastikan. Oleh itu sokongan 100 peratus kepada saya untuk menang dalam Jawatan Timbalan Presiden adalah diperlukan untuk memberi kepercayaan kepada rakyat di Parlimen Keningau” kata Pembantu Menteri Kerja Raya itu.

Ketiga katanya, kemenangan beliau di DUN Bingkor yang juga terletak di Parlimen Keningau, menguatkan lagi sokongan pengundi untuk Presiden di Parlimen Keningau.

“Keempat, sebagai ADUN yang berada dalam Kabinet, jawatan ini (Timbalan Presiden)memberi kemudahan kepada saya mengutarakan keperluan rakyat bagi pihak Presiden” jelasnya.

Kelima, jika beliau menang sebagai Timbalan Presiden juga adalah mewakili semua kaum dan bukan hanya untuk kouta Bumiputera Islam dan juga bukan untuk kawasan Pedalaman tetapi untuk seluruh kawasan di negeri Sabah yang tercinta ini.

“Keenam, kemenangan saya juga adalah untuk kelangsungan perjuangan Presiden dalam memperjuangkan MA63 dan ketujuh saya mengutamakan perjuangan Parti dan bukan perjuangan politik peribadi. Saya yakin dengan jawatan Timbalan Presiden, saya dapat membantu memperkasakan parti” jelas Robert lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN