Robert semasa menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor.
Oleh: Marutin Ansiung
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH)Bahagian N.40 Bingkor tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung parti itu yang berlangsung di Taman Bandukan Riverside Resort pagi tadi.
Selain Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, turut mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Bahagian tanpa bertanding adalah Robert Paulus.
Sementara itu Maximus Joannnes mengekalkan jawatan Naib Ketua Bahagian tanpa bertanding dan dua lagi Naib Ketua Bahagian yang baru Alex Amik dan Daniel Palangi menang tanpa bertanding.

Ahli- ahli parti yang hadir.
Bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian, dibarisi oleh lapan orang terdiri dari Sarudin Kinship, Patrick Dius Ongkalis, Jailin Lian, Paul Sitampat, Clarence Jacobus, Haji Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Ambrose Sangkalan juga tanpa bertanding.
Perasmian Mesyuarat Agung parti Pimpinan Datuk Seri Pangliman Jeffrey G. Kitingan (Presiden) itu disempurnakan oleh Setiausaha Agung STARSABAH Senator Datuk Guandee Kohoi yang Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.
Mesyuarat itu dijalankan mengikut SOP PKPB dan dipantau oleh anggota KKM dari Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau.