Robert (tengah)semasa mempengerusikan taklimat itu.
KOTA KINABALU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin mempengerusikan Sesi Taklimat bersama Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jurutera Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Keningau di Bilik Mesyuarat Sri Lamag, Bangunan JKR di sini pada Selasa.
Taklimat berkenaan berkaitan dengan isu-isu Jalan Raya Minansut, Bunga Raya dan Masalah Bekalan Air di kawasan Bingkor.
Menurut Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor, ianya diadakan bagi mengetahui perkembangan semasa berkenaan isu-isu tersebut.
Selepas taklimat itu, beliau yakin isu-isu yang berkaitan dapat diatasi dan diambil tindakan oleh jabatan-jabatan berkenaan.
Terdahulu Robert diberi taklimat oleh Jurutera JKR dan Jabatan Air Negeri Sabah Daerah Keningau.