26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik, melawat, sampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Taman Lingkudau

Robert menyampaikan bantuan kepada Chin Yen Kat.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat mangsa kebakaran di Taman Lingkudau hari ini. 

Dalam lawatan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor sekali gus menyampaikan bantuan kepada dua keluarga yang terlibat iaitu Chin Yen Kat dan Fong See Chik.

Turut sama dalam lawatan ini Ketua Balai Bomba Keningau Sharudy Delamin, Pegawai Kebajikan Keningau Hamdan, Kapitan Frenkie Fong, Kapitan Yong Wing On, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred, Kemajuan Masyarakat (CDO) N.40 Bingkor Tinus Majip dan kakitangan UPPM N.40 Bingkor.

Beginilah keadaan api yang memusnahkan dua buah rumah di Taman Lingkudau semalam.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 5.00 petang itu melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal dua tingkat, rumah pertama berkeluasan 60×40 terbakar seratus peratus dan rumah kedua berkeluasan 50×40 terbakar 70 peratus, turut terbakar sebuah setor jenis kekal berkeluasan 20×30 terbakar 20 peratus.

Walau bagaimanapun tiada kecederaan dan kematian di laporkan. 

Operasi memadam dan menyelamat terkawal pada jam 6:55 petang dan ditamatkan pada jam 9.27 malam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN