Robert (tengah)bersama rombongan semasa melawat hakisan tebing Sungai Pegalan.
KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik pada Khamis melawat hakisan Sungai Pagalan, terutama di kawasan Kampung Beginda.
Dalam lawatan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor diberi taklimat ringkas tentang bagaimana mengatasi hakisan itu oleh Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Keningau(JPS )Dachord J. Maujing.
Dachord telah menjelaskn bahawa perancangan untuk mengatasi hakisan Sungai Pegalan yang dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk kampung di pinggir sungai telahpun dimasukkan dalam peruntukan Rancangan Malaysia ke 12 (RMK12).
Sementara itu Robert berharap agar masalah hakisan itu dapat diatasi segera kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk kampung yang berhampiran Sungai Pegalan.
Katanya, selain ia hakisan tebing sungai itu juga telah memusnahkan tanaman penduduk di tebing sungai yang terhakis.
Turut sama dalam lawatan itu, Penolong Jurutera JPS Keningau Zamri Lajim,
Ketua Kampung Beginda Miti @ Maidin Marujin dan Pengerusi JPKK Kampung Beginda Maurice Sooh.