32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik hadir, Program Derma di Dewan Datuk Angian Apin-Apin.

Robert (empat dari kanan)menyaksikan salah seorang penderma pada program derma darah itu.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menghadiri dan memberi sokongan moral pada Program Derma Darah anjuran Wiramuda STARSABAH N. 40 Bingkor dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Besar Keningau di Dewan Datuk Angian Apin-Apin.

Seramai 23 orang dari sekitar Bingkor telah mendaftar dan setelah pemeriksaan kesihatan mereka yang dibenarkan menderma seramai 8 orang dan menyumbang 8 pain darah.

Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Wiramuda STARSABAH N. 40 Bingkor Florian Ilon menjelaskan sebelum ini sudah ada program derma darah dari organisasi lain membuat ditempat yang sama.

Walaibagaimanapun katanya, beliau amat bersyukur kerana dapat mengumpul  sejumlah itu yang sudah tentu memberikan menafaat kepada yang memerlukannya.

“Saya  berpuas hati dengan dengan keprihatinan dan sokongan para penderma” katanya.

Frorian juga amat berterima kasih kepada Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH Razzidin Robert kerana mencetuskan idea program ini untuk tahun ini.

Katanya, Razzidin telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap program ini dari awal hinggalah ke hari pelaksanaannya.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai dan  para penderma atas sokongan  dan menderma darah untuk mengisi tabung darah Hospital Besar Keningau.

Beliau juga amat berterima kasih kepada Datuk Robert yang juga Timbalan Presiden STARSABAH merangkap Ketua Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor  yang menjadi pendorong kepada wiramuda  untuk menjayakan   program tersebut.

”Dengan kehadiran Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya pada program ini juga menunjukkan beliau begitu prihatin dan mengambil berat terhadap program-program yang dianjurkan oleh mana mana organisasi samada kerajaan maupun persatuan persatuan sukarela” jelas Florian.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Junior Fred, Timbalan Ketua Wiramuda STARSABAH  Razzidin Robert, Ketua Wiranita STARSABAH N.40 Bingkor Puan Jeniffer Epil, WKAN Alex  Amik ,Pengerusi JKDB Pekan Apin-Apin Paul Sitampat dan Pengerusi JPKK Kampung Lambanga David Thomas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN