27.2 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik dan keluarga, ucap ‘Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan’

Robert…..Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan.

Oleh:Marutin Ansiung

KENINGAU:Naib Presiden KDCA Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan ucapan Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat di negeri ini terutama kepada kaum KDM yang sinonim dengan pesta ini.

“Selamat Menyambut Pesta Kaamatan,

Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan,

Kansayaan Angapu Ra Orou Napangaan Nangotom” demikian ucapannya yang disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Dusun dan Murut.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, sesuai dengan tema “Kaamatan Tanpa Sempadan Demi Perdamaian dan Keamanan” pada tahun perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan kepercayaan  di negeri ini perlu kekalkan walaupun sambutan pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya yang disambut dengan kehadiran orang ramai.

“Seperti yang kita tahu, pada kebiasaannya kita akan memeriahkan Pesta Kaamatan di KDCA Penampang pada setiap tahun dengan kehadiran ribuan orang pengunjung” katanya dalam teks ucapan sempena Pesta Kaamatan 2021 yang dihantar kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini hari ini.

Namun pada tahun ini katanya, sambutan Pesta Kaamatan hanya dapat diraikan melalui visual iaitu secara digital sesuai dengan amalan norma baharu pencegahan COVID-19, namun masyarakat KDM tetap bersyukur kerana Pesta Kaamatan tetap dilaksanakan.

Bekiau berkata, Pesta Kaamatan secara digital pada tahun ini turut dilaksanakan dengan pengisian pelbagai aktiviti sepanjang Pesta Kaamatan ini yang boleh disaksikan melalui platform di halaman Facebook Kaamatan TV.  

Robert berharap, semoga adat budaya KDM akan terus terpelihara dan usaha membendung penularan COVID-19 akan berjaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN