Nur Farhana (tiga dari kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Esecally.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan bantuan kepada komuniti kemasyarakatan Projek Akhir Tahun Diploma Dalam Pharmacy Kolej MASHA Kota Kinabalu.
Sumbangan tersebut adalah untuk membantu projek aktiviti kemasyarakatan bagi memenuhi projek akhir Tahun para pelajar yang terlibat.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan Nur Farhana Yazid mewakili Robert kepada Ketua kumpulan Ethel Cik Esecally R Christianus.
Robert yang juga Pembantu Menteri kerja Raya berharap dengan adanya sumbangan tersebut akan dapat membantu melaksanakan dan menjayakan projek yang akan dilaksanakan oleh kumpulan pelajar kolej tersebut.
Beliau juga mendoakan agar semua pelajar dapat menyiapkan projek mereka dan memperolehi kelulusan yang cemerlang
Sementara itu Ketua Kumpulan Cik Esecally menyampaikan ucapan terima kasih kepada Robert atas pemberian sumbangan tersebut.
“Sudah tentu kami para pelajar amat terhutang budi diatas keikhlasan ini. Kami akan menggunakan sumbangan ini untuk melaksanakan projek aktiviti yang akan dijalankan iaitu menyumbangkan bantuan bahan makanan kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah” katanya.
Menurut Esecally, projek ini dijalankan bagi memenuhi kehendak objektif projek kursus akhir kami di Kolej MASHA.
Katanya, mereka turut mendoakan kepada wakil rakyat Bingkor itu agar diberikan kekuatan dan kesihatan yang terbaik.