Robert……Yakin Jeffrey boleh mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU 15 akan datang.
KENINGAU:Naib Presiden StarSabah Datuk Robert Tawik menyokong penuh hasrat Presidennya Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan mempertahankn Kerusi Parlimen P.180 Keningau pada PRU 15 akan datang.
Kataya, sebagai Presiden StarSabah, Jeffrey yang kini penyandang Ahli Parlimen P.180 Keningau memang layak mempertahankannya.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor dan Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, rakyat di kawasan ini masih memerlukan khidmatnya.
“Beliau (Jeffrey) mempunyai halatuju yang berfokus kepada rakyat bukan saja di kawasan Parlimennya tetapi untuk Sabah keseluruhannya” katanya mengulas hasrat Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri yang mengesahkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Keningau pada PRU kelak.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung dengan desas-desus PRU termasuk kerusi yang ditandingi parti StarSabah pada PRU15 nanti.
Jeffrey berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Keningau dan StarSabah merancang bertanding di lapan kawasan kerusi tetapi selepas perbincangan dengan parti komponen partinya dapat lima.
Menurut Robert, StarSabah pada masa ini sudah mula diterima oleh rakyat di Sabah.
“Ini mencerminkan kepimpinan Jeffrey diterima oleh rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama di negeri ini” jelas Robert.
Pada masa sama Robert menaruh keyakinan Jeffrey masih boleh mempertahankn kerusi Parlimen Keningau pada PRU 15 akan datang.