29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Robert: Media massa antara agen pemberi maklumat yang cepat,tepat dan berintegriti

Robert (tengah)menyamnpaikan sumbangan kepada Dr Francis bagi pihak Persatuan Wartawan Keningau

Dr.Francis Andin

KENINGAU:: Media berperanan membantu kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat penguatkuasaan pelan peralihan pemulihan negara dalam memutuskan rangkaian penularan Covid19 seterusnya beralih daripada fasa pendemik kepada endemik.


Pembantu Menteri II Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik berkata saluran media massa antara agen pemberi maklumat yang cepat,tepat dan berintegriti.


Pada masa sama Robert berkata pengamal media juga tertakluk kepada pelaporan yang adil dan memenuhi keperluan pembaca khususnya masyarakat.


“ Media antara yang memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan memberi maklumat yang sahih untuk tatapan rakyat, ini termasuk dalam mewar-warkan penguatkuasaan,garispanduan pihak berkuasa terhadap pematuhan semua lapisan masyarakat akan pentingnya SOP dipatuhi untuk mencapai kemenangan memutuskan penularan pendemik Covid19 ini”katanya ketika berucap dimajlis Libat Urus Bersama Persatuan Wartawan Keningau serta Pengamal media zon Pedalaman Keningau dekat sini semalam.

Robert(tengah)bersama ahli persatuan Wartawan Keningau Sabah


Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor menyeru agar para pengamal media terus komited menyumbang kepada pembangunan negara melalui paparan laporan akhbar yang boleh membantu rakyat memulihkan ekonomi dalam sector pertanian,ternakan termasuk idustri kecil dikawasan kampung yang terkesan akibat pendemik Covid19.


“ Membantu mempromosikan bidang pelancongan,pertanian dan ekonomi perniagaan terutama rakyat luar bandar untuk kembali kepada kehidupan norma baharu kesan daripada pendemik covid19.”katanya.


Katanya cabaran media globalisasi , media perlu bersaing dengan agenda sihat dalam memantapkan maklumat yang sahih dan membina minda masyarakat.


“ Kreadibiliti sesbuah media wajar di beri perhatian terutama berita yang tepat dan tidak berunsur fitmah dan sebagainya yang merugikan banyak pihak terutama masyarakat”katanya. Ini katanya termasuk penyuntingan yang adil dan saksama tanpa menyentuh unsur-unsur sensitiviti sesuatu pihak.


Justeru katanya Kewartawanan adalah bidang kerja yang mulia dalam.pandangan masyarakat jika media melaporkan bahan berita yang memenuhi keperluan masyarakat dam. negara. Katanya Tanggungjawab pengamal media berlandaskan kepada etika kewartawanan agar masyarakat terus mengiktiraf media sebagai pembina negara dan bangsa.


Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Robert komited memastikan Kawasan Bingkor yang memilih beliau sebagai Adun untuk terus menikmati pembangunan terutama menaiktaraf beberapa jalan raya yang sudah lama dan perlukan perhatian sewajarnya.


“ Saya telah turun padang meninjau permasalahan rakyat dan terus berusaha untuk membantu selagi saya sebagai wakil rakyat akan berkhidmat sebaiknya untuk kemajuan rakyat dan juga negeri kita”katanya.


Hadir sama Naib Ketua Armada BERSATU Sabah merangkap Ketua Armada BERSATU Keningau, Rafie Robert , Ketua Unit Media Dan Publisiti DUN N40 Bingkor Tuan Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik, Pengurus Keningaufm Ivy Rudloft dan Timbalan Presiden KJA Dr.Francis Andin serta pengamal media sekitar Keningau

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN