30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert lawat mangsa kebakaran rumah

Robert bersama rombongan semasa melawat rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik lawat lima keluarga mangsa kebakaran di Kampung Kepayan Baru baru-baru ini.

Ketua keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu terdiri daripada Kutil Yampios, Justin Yampios, Anis Antali, Yopolde Anis dan Paulus @ Juakim Imon.

Sempena lawatan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor sekali gus menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal harta benda.

Turut sama dalam lawatan itu Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Flovia Ng yang juga ADUN Tulid bersama dengan Pegawai dan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Keningau yang mengambil data keluarga yang terlibat untuk tindakan lanjut.

Dalam kebakaran itu lima buah rumah musnah 100 peratus.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN