Robert dan rombongan semasa melawat lokasi pembinaan jambatan di Kampung Tangkungon.
KENINGAU:Sejumlah RM6.7 juta diperuntukkan untuk pembinaan jambatan konkrit di Kampung Tangkungon Bingkor.
Menurut Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik @ Nordin pembinaan jambatan sepanjang 40 meter itu akan dimulakan dalam masa terdekat dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan.
Jambatan merentasi Sungai Bayayo tersebut akan memudahkan aktiviti harian penduduk berbanding sebelum ini.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor memberitahu perkara itu selepas melancarkan Kempen Keselamatan jalan raya peringkat Daerah Keningau anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya baru-baru ini.
Berkenaan kempen ini Robert berkata, ianya diadakan sempena musim perayaan Pesta Kaamatan bagi menyemai kesedaran dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Robert menyampaikan bahan-bahan Kempen Keselamatan jalan raya.
Jelasnya, sejak 2019 hingga 2021, sejumlah 44,376 kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya daripada jumlah itu, 727 kes kemalangan adalah melibatkan kematian.
Robert dan rombongan kemudian melawat lokasi pembinaan yang akan dimulakan dalam masa terdekat.
Turut sama Jurutera JKR Keningau Zulkefli Bin salip Arjud.



