HUANG (duduk) ketika menandatangani buku lawatan sambil diperhatikan Rithuan (kiri) dan Wong Kii Yee.
LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail menerima Kunjungan Hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinbalu, Huang Shifang yang diadakan di Tingkat 4 Wisma Perbadaan Labuan, pada Isnin.
Pertemuan singkat itu bertujuan membincangkan kerjasama peluang pelaburan dan perdagagan yang dapat memberi manfaat kepada kedua dua belah pihak.
“Walaupun pertemuan itu singkat, namun ia menjadi platform Perbadanan Labuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang selain dapat mempromosikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Borneo”, katanya di sini kelmarin.
Selain itu, beliau turut memberikan penjelasan kepada Huang, mengenai polisi dan insentif pelaburan yang boleh diberikan kepada pelabur asing termasuk pelabur dari China yang berminat membuat pelaburan di Labuan.
Hadir sama dalam kunjungan hormat itu, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, Datuk Wong Kii Yee.
Hadir sama beberapa ahli Dewan Perniagaan Tionghua Labuan serta beberapa pegawai Perbadanan Labuan.