31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rithuan lancar pelaksanaan SHMMP peringkat Labuan

RITHUAN bersama Junaidah ketika melancarkan  SHMMP  sempena Aidilfitri 2024 di sini, pada Khamis.

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) peringkat Labuan  sempena sambutan Aidilfitri 2024 yang diadakan di salah sebuah pasaraya  di sini, petang Khamis.

Pada majlis itu, Rithuan menjelaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara  Hidup (KPDN)  peringkat Labuan  akan melaksanakan (SHMMP) peringkat Labuan  selama 15 hari bermula 5 April sehingga 19 April.

Beliau berkata dalam tempoh pelaksanaan itu KPDN Labuan telah menyenaraikan sebanyak 18  jenis barangan yang akan berada di bawah skim berkenaan  yang melibatkan semua pasaraya, kedai runcit serta pasar awam.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk membeli dengan harga yang lebih murah berbanding hari hari biasa’

“Sekiranya ada peniaga yang melanggar peraturan SHMMP yangtelah ditetapkan, maka tindakan undang undang boleh diambil terhadap mereka berdasarkan kepada Akta Kawalan  Harga dan Antipencatutan 2011.” katanya.

Beliau berkata, kesalahan menjual  barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya sekali atau dikampuan sehingga RM5,000 bagi individu, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikampaun sehingga RM250,000.

Sementara itu antara barangan yang disenaraikan  dibawah SHMMP sempena Aidilfitri tahun ini ialah Daging Kerbau import 1kg RM22.00, Ikan Kembung 1kg (RM12.00), Tomato 1kg (RM7.00),  Cili Merah 1kg (RM17.00), Kacang Panjang  1kg (RM7.00),  Bawang Merah Besar import 1kg (RM5.50), Bawang Putih (China) 1kg (RM11.00),  Ubi Kentang import 1 kg (RM4.00), Cili Kering Keriting 1kg (RM30.00),  Kacang Tanah 1kg (RM9.00) serta Kubis Bulat Import 1kg (RM3.50).

Hadir sama pada majlis pelancaran itu, Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN