28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RIBUAN PENGUNJUNG HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MASIDI MANJUN

GAMBAR KENANGAN…Masidi (tengah) merakam gambar bersama Datuk Abidin, Adun Paginatan(keenam kanan), Datuk Raisin, Pengarah Pendidikan Sabah (keenam kiri) dan sebahagian tetamu yang hadir.

RANAU: Lebih 6,000 penduduk dari pelbagai kaum, agama dan idologi politik menghadiri majlis  sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Menteri Kewangan Negeri Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Antara kenamaan yang turut hadir ke majlis  yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir 2.30 petang itu ialah, Timbalan Ketua Menteri 2, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta ADUN N.36 Kundasang, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam,  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah  yang juga ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, mantan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr.Ewon Ebin, Datuk Amisah Yassin (ADUN dilantik), Pegawai Daerah Ranau,Tinus Mangam, Pengarah JHEAINS, Datuk   Jamain Bin Abdul Ghani, Ketua Dearah Ranau,  Muhasip Haji Roman,  ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri, pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dan pengunjung dari luar daerah.

Masidi ketika ditemui  merakam penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran ramai ke majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang merupakan acara tahuan keluarganya.

Beliau menghararapkan majlis tersebut mampu meningkattkan perpaduan,  memupuk persaudaran dan keharmonian yang berkekalan.

“Majlis seperti ini diharapkan  dapat memupuk persaudaraan untuk kita semua tanpa mengira latarbelakang’, jelas Masidi.

Antara menu hidangan sepanjang majlis tersebut ialah, Kambing  Penggang Golek, Apam Balik Kaki 5, Aiskrem, Linopot Berlaukkan Ikan  Masin, Kuih-Muih (biskut raya), Ketupat Pulut, Daging Manis Masak Kicap dan banyak lagi.

Majlis tersebut turut diserikan dengan  persembahan lagu-lagu raya daripada para artis tematan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN