35 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ribuan hadir rumah terbuka Hari Raya ADUN Karanaan

Antara orang ramai dan pemimpin NGO  yang hadir merakam gambar bersama Datuk Masidi.

RANAU: Lebih 5,000 penduduk menghadiri Majlis Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Kewangan Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun di Dewan Masyarakat Ranau  pada Sabtu.

Ketibaan orang ramai seawal jam11.00 pagi membuktikan majlis rumah terbuka apa juga perayaan mampu mewujudkan keharmonian, perpaduan dan persaudaraan dikalangan  masyarakat tanpa membezakan kaum, agama dan idologi politik  mereka.

Masidi ketika ditemui, mengucapkan salam aidilfitri sambil merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ramai ke majlis itu yang merupakan acara tahunannya.

“Saya berterima kasih atas kehadiran ramai ke majlis seumpama ini yang saya sifatkan amat positif berjaya menghimpunkan saudara mara serta sahabat handai dari jauh dan dekat walaupun berbeza dari segi anutan agama, kaum dan fahaman politik”, jelas Masidi.

Menurutnya, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Deepavali dan sebagainya wajar dihadiri oleh semua rakyat di Malaysia tanpa dibatasi latarbelakang mereka.

“Jadikan perayaan ini sebagai perayaan bersama selaras dengan slogan Malaysia Madani”, tegas Masidi sambil berterima kasih juga dengan kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negeri.

Kehadiran ramai katanya, perlu diteruskan pada masakan datang sebagai satu daya tarikan pelancong datang ke ‘Sabah Negeri Di Bawah Bayu’ khususnya ke daerah Ranau dan Kundasang yang kaya dengan Flora dan Fauna, lokasi-lokasi menarik  serta selamat untuk dikunjungi pasti menjanjikan 1001 kenangan manis kepada setiap pengunjung.

Antara ribuan yang hadir ke majlis itu ialah, pemimpin serta ahli persatuan NGO dan pemimpin masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan Datuk Hajah Amisah Yassin (ADUN dilantik).

Majlis yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir kira-kira jam.2.00 petang telah diserikan dengan persembahan lagu-lagu raya  menerusi Karaoke oleh para artis tempatan.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN