Robert menyampaikan hamper dan barang makanan kepada salah seorang penerima.
KENINGAUļ¼Revolusi media radio membolehkan media tersebut sentiasa relevan dengan keadaan dan keperluan semasa.
Menurut Pengarah Penyiaran Negeri Sabah Zulkefli Mohd, kewujudan pelbagai media komunikasi pada era baharu memberikan persaingan yang sengit kepada media tradisional namun dengan penyertaan revolusi yang sentiasa diperbaharui membolehkan medium media radio sentiasa menjadi pilihan sebagai sumber maklumat tepat dan hiburan masyarakat.
āDulu radio hanya untuk mendengar bila pancaindera nada radio bervisual kita sudah boleh bersiaran melalui fb dan saya rasa dengan revolusi ini insyallah kita tidak akan ketinggalan jauh daripada pesaing-pesaing kitaā katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jejak Masyarakat sempena Program Hari Radio Sedunia 2022 di Kampung Ria dekat sini kelmarin.
Zulkefli yakin radio RTM Sabah akan terus maju ke hadapan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sabah Maju Jaya.
Terdahulu Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menyertai gotong-royong sempena program itu.
Robert sedang mendengar apa yang disampaikan oleh warga emas.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUNļ¼Bingkor seterusnya menyampaikan sumbangan sebanyak 20 barangan makanan dan hamper kepada warga emas serta sebuah kerusi roda kepada pesakit terlantar di kampung tersebut.
Selain itu beliau menyampai bibit limau kasturi kepada penduduk kampung.
Pada masa Robert santai dan bermesra dengan penduduk kampung sambil mendengar sendiri masalah yang dikemukakan oleh penduduk itu.
Hadir sama Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dan Ketua Kampung Ria Placidius David.