27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Remaja perempuan lemas ketika mandi sungai

Jasad remaja perempuan yang lemas ditemui penduduk kampung dalam kejadian petang tadi (Isnin)

RANAU: Seorang remaja perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mandi sungai dekat Kampung Sungangon, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, jasad mangsa berumur 13 tahun ditemukan lebih-kurang 4.10 petang.

http://www.wasap.my/60128648928

Katanya, mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

“BBP Ranau menerima laporan kejadian itu pada jam 4.37 petang menerusi talian balai, seterusnya menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Ridwan Mohd Taib

“Tiba di lokasi, anggota bomba bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa pasukan perubatan,” katanya kepada media ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ridwan, mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud , operasi ditamatkan jam 7.35 malam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai PBK II Becket Gumat, bersama 3 anggota dan sebuah jentera,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN