30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

REGU A ZON ULU SUGUT MUNCUL JUARA LIGA SEPAK TAKRAW MSSDR

Juara liga..(berdiri), Naib Juara (berbaju merah) dan tempat Ketiga

RANAU: Selepas menjadi johan dalam Kejohanan Bola Tampar kategori lelaki peringkat MSSDR yang berlangsung di gelanggang bola tampar Kampung Karanaan, pasukan Zon Ulu Sugut mencipta sejarah kedua apabila muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSSDR bawah 12 tahun yang dilangsungkan di Gelanggang Sepak Takraw SK. Kaingaran baru-baru ini.

Regu A Zon Ulu Sugut yang sebahagiannya terdiri daripada para pemain bola tampar sentiasa mempamerkan permainan cemerlang di bahagian tekong, apit kiri dan apit kanan. Kombinasi yang baik dan seimbang di posisi ini berjaya mengekalkan rekod tanpa sebarang kekalahan sepanjang perlawanan liga tersebut.

Zon Ulu Sugut muncul juara liga apabila Regu A pasukan ini berjaya mengumpul 9 mata daripada keseluruhan permainan. Naib Johan dimenangi oleh pasukan Regu A Zon Tengah dengan 5 mata terkumpul manakala tempat ketiga disandang oleh Regu B Zon Ulu Sugut dengan 3 mata.

Menurut Pengerusi Penganjur, Hisham Nasiri ( Penolong Kanan Kokurikulum SK. Kaingaran ), kejohanan sepak takraw pada tahun ini dikelolakan bersama oleh SK. Kaingaran dan MSS Zon Ulu Sugut.

Pengelola Kejohanan, Hisham dan Wahab (berdiri 3 dan 4 dari kiri) selepas penyampaian hadiah

Mengulas lanjut kemenangan Regu A Zon Ulu Sugut, beliau berkata kecemerlangan pasukan Zon Ulu Sugut pada tahun ini agak menonjol. Dua kemenangan Zon Ulu Sugut yang melibatkan kategori lelaki dalam kejohanan Bola Tampar dan Sepak Takraw di peringkat MSSDR sudah cukup memberi gambaran bahawa kontinjen Zon Ulu Sugut tahun ini juga sudah bersedia memberikan saingan di Kejohanan Sukan dan Olahraga Peringkat MSSDR yang dijadualkan minggu depan.

“Kita melihat sejarah pencapaian Zon Ulu Sugut sebelum ini sentiasa berada di kedudukan senarai terbawah setiap kejohanan olahraga yang melibatkan lapan zon. Tahun ini saya yakin pasukan Zon Ulu Sugut akan memberikan tentangan yang sengit di semua acara padang dan balapan. Kalau pun tidak menjadi johan, sekurang-kurang pasukan Zon Ulu Sugut akan memperbaiki kedudukan di rangking tiga pasukan terbaik,” jelas Hisham.

Hadiah disampaikan oleh Wahab Layabo, Penolong Kanan Pentadbiran SK. Kaingaran mewakili Guru Bersar, Dr. Atong Antong.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN