24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Rashid muncul juara Kejohanan Snooker Borneo Close Merdeka 2023

LABUAN: Bekas pemain handalan Snuker Sabah, Rashid @Samy Mambulasan  menjuarai Kejohanan Snooker Borneo Close Merdeka 2023 anjuran Champion Billiard Saloon dan Perbadanan Labuan yang diadakan premis Champion Billiard Saloon, di sini pada Rabu.

Pada kejohanan itu Rashid berjaya menewaskan Mohd Rozaidi Ismail  4-1 pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Dengan kemenangan itu, Rashid menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan tropi, manakala Rozaidi membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan tropi.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Jumiadi Jubin dan Jamal Jailani  untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000 dan RM800.

Sementara itu, Nasir Jawaji dinobat sebagai pemenang ‘Highest Break’ dengan catatan 71 mata untuk menerima hadiah wang tunai RM200.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, Jabatan Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan, Shahrullizam Sapar.

Hadir sama, Pegawai Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (MSWPL), Zulhemi Amran dan Pengurus Billiard Champion  Riswan Abdul Salim.

Kejohanan yang julung julung kalinya diadakan itu telah disertai seramai 64 pemain dari Sabah, Sarawak dan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN