24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RANAU PERLUKAN HOSPITAL BAHARU, KELENGKAPAN CANGGIH DAN DOKTOR PAKAR.

HOSPITAL BAHARU DIPERLUKAN…Kong Soon Choi,Timbalan  Ketua Wiramuda STAR Sabah

RANAU: Sebuah hospital baharu dengan fasiliti lengkap dan canggih perlu dibina di Ranau bagi menampung keperluan rakyat di daerah ini.

Timbalan  Ketua Wiramuda STAR Sabah, Kong Soon Choi, berkata pembinaannya sangat mendesak bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan masyarakat luar bandar serta pedalaman.

Katanya, Ranau kini berhadapan pertambahan pesakit akibat daripada populasi penduduk yang semakin bertambah. Hospital sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang dirawat setiap masa selain daripada kekurangan kemudahan yang canggih termasuk ketiadaan doktor pakar yang diperlukan dalam situasi kritikal.

“Kita berharap wakil rakyat dan ahli parlimen di daerah ini yang memegang jawatan di peringkat negeri dan persekutuan agar berusaha serta sepakat untuk mendapatkan sebuah hospital baharu atau sekurang-kurangnya menaik taraf hospital yang ada sekarang.

“Saya yakin dan percaya, selain pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, bekalan air bersih dan elektrik, rakyat di sini juga sudah lama menantikan satu bangunan baharu Hospital Ranau yang serba komputerisasi dengan alat-alat yang serba moden.

“Kehendak atau aspirasi rakyat merupakan inisiatif kerajaan menerusi pemimpin sedia ada di sini untuk merialisasikannya. Justeru, ianya perlu  suarakan dengan nada mendesak di peringkat kerajaan khusunya Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Ah Choi berkata demikian ketika diminta mengulas  kelemahan pihak hospital Ranau dalam mengandalikan kes-kes kritikal seperti yang dialaminya sendiri baru-baru ini sehingga terpaksa menggunakan khidmat ambulans swasta untuk menghantar pesakit kritikal ke Kota Kinabalu.

Menurut Ah Choi, situasi itu sangat mengecewakan dan lebih mendukacitakan jika perkara sedemikian berlaku kepada mereka yang benar-benar tidak berkemampuan.

“Sementara menunggu  hospital baharu menjadi realiti di daerah Ranau, kita merayu kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysua supaya alat-alat kelengkapan hospital dapat dipertingkatkan.

“Fasiliti serta perkhidmatan di Hospital Ranau perlu diperbaiki secepat mungkin. Tempatkan beberapa doktor pakar di hospital ini,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN