31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ranau perlu dinaiktaraf kearah merealisasikan sebuah pekan pelancongan terkemuka dunia

RANAU: Daerah Ranau perlu dinaiktaraf kearah merealisasikan sebuah pekan pelancongan terkemuka dunia yang mendapat perhatian ramai pihak khasnya keindahan panorama Gunung Kinabalu dan Taman Negara di Kundasang.

Ketua Bahagian Umno Ranau, Hj.Junaidi Sahat (gambar) berkata, usaha membangunkan daerah Ranau khasnya dari sudut fasiliti seperti permodenan pekan, penambahan pusat membeli-belah, menaiktaraf sistem jalanraya selain kemudahan pelancongan seperti cafe dan kedai makan moden serta pusat kraftangan produk tempatan perlu diberi keutamaan bagi merancakkan kemajuan setempat.

“Ranau merupakan ‘World Heritage’ bagi sektor pelancongan dan sudah terkenal bukan sahaja di dalam bahkan luar negara. Dari sudut itulah keutamaan pembangunan utama perlu diberi fokus oleh pihak berwajib”. Jelasnya.

Junaidi turut menambah, inisiatif pembangunan pekan dan daerah Ranau bukan sahaja meraih daya tarikan pelancong malah mampu menaikkan sumber ekonomi penduduk setempat dimana mereka boleh memulakan atau membesarkan perniagaan.

Katanya, selain pelancongan, daerah Ranau merupakan daerah yang perlu beri perhatian utama kerana lokasinya yang terletak ditengah-tengah untuk menghubungkan daerah lain di Pantai Barat, Pantai Timur dan Pedalaman dimana terdapat ramai pengunjung yang sering berhenti dan melawat kawasan ini setiap hari.

Dalam pada itu, beliau juga akan memainkan peranannya selaku pemimpin masyarakat kawasan ini untuk menyuarakan idea-idea bernas kepada pihak atasan khasnya kementerian tertentu untuk mempastikan kesinambungan pembangunan berterusan terus dinikmati rakyat di daerah ini.

“Sebagai pemimpin dan anak jati Ranau, sudah tentu saya akan suarakan kepada kementerian berkaitan tentang keperluan ini. Kita mesti membawa perubahan kepada daerah pelancongan kita agar lebih ramai pihak akan menikmati hasilnya kelak”. Jelasnya.

Beberapa daya tarikan utama terdapat disekitar daerah Ranau termasuklah Gunung Kinabalu, Taman Negara, Kolam Air Panas Poring termasuk.keindahan sayur-sayuran tanah tinggi dan pusat ternakam lembu Desa Cattle.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN