28 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ranau Clasico muncul juara Liga Veteran Wink-Wink Sports 2019.

RANAU: Pasukan Ranau Clasico muncul juara kejohanan Liga Veteran Wink-Wink Sports 2019 selepas menumpaskan pasukan Putera  KB FC dengan jaringan 3-1 pada perlawanan akhir di padang SMK Arsyad Kota Belud Baru-baru ini.

Clasico FC menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,500, Naib Johan (Putera KB FC) menerima RM3,500. Manakala tempat ketiga  (X-Team KB dan VETAS/Pitas) menerima hadiah RM2,500.

Kejohanan melibatkan 16 Pasukan itu, bertujuan mencungkil dan mengetengahkan bakat dikalangan pemain sekali gus memupuk perpaduan sedia terjalin dikalangan pemain dengan masyarakat setempat, selain mengeratkan silaturahim dengan pasukan dari daerah lain.

Pengurus pasukan Ranau Clasico, Romzie@Likad Bin Mohamad ketika ditemui memberitahu yang pasukannya dijangka memenangi kejohanan itu memandangkan persediaan dan kualiti permainan dikalangan pemainnya adalah cukup mantap.

“Kami akan menyertai mana-mana kejohanan yang difikirkan bersesuaian dengan usia dan kesediaan para pemain pasukan Ranau Clasico”, jelas Romzie.

-Likad-

Menurutnya, sebanyak pasukan menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada pasukan Felda Rondang FC, JKS FC, Pendidikan KBFC, New Born FC, TVFC, Pirasan FC, JSJT, Vetas FC, Putatan VET FC, EDU United, Ranau Clasico, X-Team, USDA SC, Otogor FC dan Putera KB.

Para penyandang hadiah individu katanya ialah Suharmin Yusof dari pasukan Putera KB FC (mantan pemain negeri Sabah dan Malaysia), pemain terbaik disandang oleh beliau sendiri (Romzie Mohamad) dari Ranau Clasico. Manakala penjaring terbanyak disandang Roy Ahwai dari pasukan Putera KB yang juga mantan pemain Liga Simpanan Sabah 1999-2000.-T A M A T-

Pasukan Ranau Clasico FC merakam gambar kenangan selepas penyampaian hadiah.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN