RANAU CIPTA SEJARAH TERSENDIRI, MUNCUL NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA,  UNDUK NGADAU NEGERI 2021.

RANAU CIPTA SEJARAH TERSENDIRI, MUNCUL NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA, UNDUK NGADAU NEGERI 2021.

31/05/2021 Off By Admin

GAMBAR: Dianarin Vahidin (kiri) dan Febby Angelica Richard (kanan)

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Ranau mencipta sejarah tersendiri apabila dua peserta Unduk Ngadau dari daerah ini berjaya ke peringkat akhir sekaligus dinobatkan sebagai Naib Johan dan Ketiga, pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Borderless, Peringkat Negeri Sabah, 2021.

MAYA Hejnowska -JOHAN UNDUK NGADAU KAAMATAN NEGERI SABAH 2021

Terdahulu, Maya Hejnowska,20, mewakili DUN Api-Api , berjaya merangkul gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2021setelah menewaskan 21 peserta akhir yang lain.

Kinabalu, berjaya merangkul gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2021

Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM 15,000.

Maya turut memenangi gelaran Tati Tosuau (Miss Friendly) semasa Sodop Pintutunan atau Malam Gala Unduk Ngadau Kaamatan yang telah diadakan pada Jumaat lepas (28 Mei 2021).

Dianarin Vahidin yang mewakili DUN Paginatan, telah memenangi naib johan, dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, manakala tempat ketiga, Febby Angelica Richard mewakili Kundasang turut menerima hadiah wang RM10,000.

Menerusi keputusan yang diumumkan secara langsung di Facebook Kaamatan TV dari Dewan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang. Berikut adalah keputusan rasmi.

Johan : Maya Hejnowska (Api-api, Kota Kinabalu)

Naib Johan: Dianarin Vahidin (Paginatan, Ranau

Ketiga:  Febby Angelica Richard (Kundasang, Ranau)

Keempat: Lisa Christie Deminic (Tulid)

Kelima: Avvril Elvira (Tanjung Keramat, Putatan)

Keenam: Sharon Stephen (Kawang, Papar)

Ketujuh: Carrey Evanne Kim (Moyog, Penampang)

MAYA (duduk) diapit oleh Dianarin (kiri) dan Febby (kanan) – Credit Photo: AIZAD Photography

Dianarin & Febby