Kong meninjau kawasan kolam air tawar di Stesen Perikanan Daerah Ranau di Kg. Marakau.
RANAU: Daerah Ranau berpotensi untuk dibangunkan sebagai salah sebuah daerah pengeluar produk berasaskan ikan air tawar kerana terdapat ramai pengusaha kolam yang menternak pelbagai spesis ikan air tawar disekitar daerah ini.
Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Kong Soon Choi berkata, para penternak ikan air tawar perlu menjalankan usaha penternakan secara konsisten agar mampu mengeluarkan hasil perikanan yang berkualiti seterusnya menembusi kebolehpasaran produk diperingkat yang lebih besar.
āProduk ternakan ikan air tawar di daerah ini sangat berpotensi untuk dijadikan salah satu produk perikanan berkualiti tinggi di pasaran dalam dan luar negara. Justeru, para pengusaha perlu lebih komited mengusahakan kolam mereka dan mendapatkan tunjuk ajar menerusi Jabatan Perikanan agar teknik penjagaan lebih sistematik dapat dilaksanakanā. Katanya.
Kong bertemu dengan beberapa orang belia yang menjalankan latihan praktikal di Stesen Perikanan Daerah Ranau.
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan ke Stesen Perikanan Daerah Ranau dan Kedai Industri Kecil Sederhana (IKS) dekat sini pada Isnin.
Dalam pada itu, Kong juga yakin bimbingan Jabatan Perikanan Daerah Ranau akan mampu melahirkan pengusaha ikan air tawar yang berpengetahuan untuk menjana ekonomi diri dan keluarga mereka.
Jelasnya, bengkel dan program yang dianjurkan oleh jabatan itu perlu dimanafaat sepenuhnya oleh masyarakat setempat khasnya golongan belia untuk menceburi bidang perikanan air tawar.
Tinjauan produk tempatan yang di jual di Kedai Industri Kecil Sederhana (IKS) di Kg. Kiaburi, Ranau.
Dalam masa sama, beliau akan membawa beberapa perancangan ke peringkat atasan Ko Nelayan untuk dikemukakan mengenai produk berasaskan ternakan air tawar yang boleh dipasarkan menerusi kedai Industri Kecil Sederhana (IKS).
āāDengan adanya kedai Industri Kecil Sederhana (IKS) di daerah Ranau ini, akan memudahkan lagi pasaran produk berasaskan ternakan ikan air tawar pada masa akan datang. Bagaimanapun, saya akan membawa perkara ini untuk dibincangkan diperingkat pengurusan tertinggi Ko Nelayanāā. Katanya.