25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Rami-Rami Poriamo mendapat sambutan menggalakan

ANUGERAH…Di saksikan oleh Juans dan yang lain Harun (kiri) menyampaikan pelbagai anugerah kepada  Akian.

OLEH:HJ MOHD AMIN HAJI MUINDAN ABDUL JALIL MADARIN

PITAS: Perayaan Rami-Rami Poriamo yang diadakan setiap tahun oleh Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS) mendapat sambutan menggalalkan oleh bangsa Tombonuo dan etnik lain bukan saja dari daerah ini malah dari daerah-daerah lain.

Sambutan perayaan kebudayaan adat tradisi bangsa Tombonuo salah satu suku kaum asli di Sabah khususnya di kawasan utara seperti Pitas, Kota Marudu, Kudat, Paitan, Sandakan, Kota Kinabalu malah terdapat juga di pelbagai daerah lain di negeri ini dijadikan acara tahunan oleh etnik itu.

Poriamo dalam bahasa Tombonuo membawa maksud berhimpun atau berkumpul maka, Rami-Rami Poriamo merujuk kepada satu perhimpunan besar besaran atau sambutan yang menyatukan seluruh komuniti Tombonuo dalam semangat kekeluargaan, perpaduan, adat dan budaya.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah PGRS Bahagian Pitas Datuk Harun Haji Ismail berkata, tradisi Poriamo telah lama diamalkan dalam budaya bangsa Tombonuo sejak zaman nenek moyang lagi, walau pun pada ketika itu ia tidak dikenali secara formal sebagai “Rami-Rami Poriamo”.

JUADAH..Harun dan Akian bersama Ahli Majlis Tertinggi PBTS menyantap pelbagai juadah yang menjadi makanan tradisi suku kaum Tombonuo.



Namun ia sering dilakukan dalam bentuk gotong royong kampung (tinjunung/tamparang) dimana masyarakat berkerjasama dalam aktiviti seperti membina rumah, membuka kawasan ladang atau dalam bahasa Tombonuo “ Mongumbang” dalam proses memulakan penanaman padi dinamakan “Tinondukan”.

Selain itu, upacara adat dan ritual tahunan seperti monondot (permohonan berkat kepada roh nenek moyang) atau upacara mangamang (permintaan kesuburan tanaman) selepas menuai padi komuniti akan berkumpul berhibur dengan tarian tradisional, makanan seperti linopod, tinomok, bosou dan kinoropokan yang menjadi kebanggaan dapur masyarakat ini serta cerita rakyat sebagai tanda syukur dan penghargaan terhadap hasil bumi.

Menurut Harun  pada awal abad ke 20 perhimpunan ini mula menjadi acara yang lebih terancang apabila pemimpin adat menjemput wakil kampung lain, membentuk Rami-Rami sebagai simbol penyatuan dan permuafakatan antara kampung secara tidak langsung iainya sebagai platform pendidikan budaya antara generasi.

Beliau berkata untuk memperkasa lagi budaya bangsa,  dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri  Hajiji Haji Noor,  kerajaan negeri  memperkasakan peranan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dengan RM12.34 juta peruntukan dalam tahun 2023 dan 2024 termasuk lebih 100 program kebudayaan peringkat daerah dan negeri.

“Inilah sebahagian bukti serta komitmen kerajaan negeri  demi memelihara keunikan lebih 30 etnik utama dan lebih 200 sub-etnik yang terdapat di negeri ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Rami-Rami Poriamo Tahun 2025 di Dewan Belia KBS Pitas dekat sini baru-baru ini.
 
Sehubungan itu, beliau mencadankan agar PBTS wajar mempunyai rumah budayanya sendiri kerana persatuan ini juga  tidak kurang hebatnya yang memilik pelbagai khazanah bahasa, budaya dan adat resam yang perlu dipelihara oleh generasi seterusnya.

BERTUAH…Disaksikan oleh Akian (tengah) Juans (kanan) dan Nordin (kiri) Harun (kanan) menyampaikan hadiah sebuah mesin basuh cabutan kepada pengunjung bertuah.


Terdahulu, Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah PBTS, Doktor Akian Ahkiew berkata, beliau dan seluruh ahli PBTS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Harun yang turut memberi sokongan padu dan menyumbang untuk menjayakan program Rami-Rami Poriamo dan penganjuran bola sepak liga Tombonuo yang dianjurkan oleh Keltom FC.
 
Katanya, sambutan perayaan Rami-Rami Poriamo kekal diadakan setiap tahun kerana ianya merupakan satu kebanggaan bagi bangsa Tombonuo merayakannya saban tahun seperti juga suku kaum yang lain mempunyai perayaan mereka tersendiri.

Beliau berharap  Ahli Majlis Tertinggi PBTS sentiasa menyantuni mereka yang berada di peringkat akar umbi dan sentiasa memperkasakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PBTS dan ianya menjadi mercu pencapaian terbaik kepada keramaian ahli PBTS yang kini mencerca lebih 5,000 orang dan ini juga menunjukkan satu kebanggaan bagi Tombonuo di Pitas khasnya.

Dimajlis itu pelbagai acara diadakan, penyampaian anugerah kepada Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah, Dr. Akian Ah Kiew diatas pengorbanan beliau  memimpin dan menyumbang kepelbagaian demi PBTS, acara persembahan tarian suku kaum Tombonuo, penampilan Rora’ah Inu’ung (Bahasa Tombonuo) ratu cantik dalam bahasa Melayu, penyampaian hadiah sukan bola sepak liga Tombonuo, penyampaian hadiah cabutan tiket pengunjung bertuah dan banyak lagi.

Hadir sama dimajlis itu, isteri Harun Datin Hajah Siti Mariam Yong, Pengerusi Penganjur program yang juga Setiausaha Agung PBTS Juans Tikuson, Timbalan Presiden PBTS Justin Akun dan Kinsui Samion mengetuai masyarakat bangsa Tombonuo yang hadir dimajlis itu.

Turut hadir, Pegawai Kemajuan Masyarakat CDO Pitas Ariffin Matasin, Pegawai Khas Datuk Harun iaitu  Ikmal Atong, Abdul Majit Tarip@Man Tar.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN