25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ramalan hujan lebat di Sabah, Labuan dijangka sehingga 21 Sept

JABATAN Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sabah termasuk Labuan, bermula esok hingga Selasa.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan tengah hari ini memaklumkan kawasan terbabit di Sabah adalah bahagian pedalaman meliputi Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, selain bahagian Pantai Barat serta bahagian Kudat.

Beliau berkata, seluruh Labuan turut terbabit dengan amaran cuaca itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN