27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ramai setuju PKP dilanjutkan demi memutuskan rantaian Covid-19 secara total.

OLEH: Aduka Jasnin Suman, Cleo Will, Jainuddin Nasir & Salwah Aramat.

MERUJUK kenyataan seorang pakar kesihatan awam dan persekitaran, Dr Suhainizam Muhamad Saliludin, langkah melanjutkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat wajar berikutan masih ada kes jangkitan baharu dilaporkan pada setiap hari.

Menurut beliau dalam satu kenyataan media  pada 8 April,walaupun situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini dilihat agak terkawal, namun setiap hari ada saja kes baharu yang direkodkan sekali gus menunjukkan jangkitan wabak itu masih berterusan.

Abidin dan Joachim

“Maknanya, dalam komuniti kita hari ini, sudah ada kontak yang membawa jangkitan dan pada masa ini, kita belum dapat membendung wabak ini sepenuhnya.

“Selagi ada kes baharu, saya fikir PKP perlu diteruskan. Ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sementara di daerah ini, ramai warganya turut berpendapat, PKP perlu dilanjutkan
bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini khususnya di Ranau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk  Abidin Madingkir berpendapat, PKP perlu dilanjutkan sehingga tidak ada lagi kes baharu yang positif selain perlaksanaannya perlu lebih ketat termasuk pematuhan harus seratus-peratus.

“Isu sebenar science vs ekonomic. Orang  meninggal atau nyawa hilang untuk selama lamaya, manakala ekonomi boleh dipulihkan secara berperingkat dan duit boleh dicari balik,” katanya.

Abidin berkata, setiap hari masih terdapat kes-kes positif  serta jangkitan baharu dan tiada penurunan yang  boleh dibanggakan walaupun ramai yang telah dipulihkan.

“Kita khuatir masih ada mereka yang  tidak mempunyai simptom covid 19 tetapi telah dijangkiti dengan virus tersebut. Mereka boleh menjangkiti orang lain apabila mereka berkeliaran. Ini sudah tentu menjadi satu kluster yang baharu.

“Namun PKP ini mungkin  boleh dilonggarkan secara berperingkat di setiap daerah dan negeri dengan merujuk kepada statistik,” tambahnya.

Dr.Sining Unchi, 62 (kiri) & KK Maisol Radin, 53, (kanan).. turut bersetuju agar tempoh PKP dilanjutkan dalam usaha memerangi secara total virus Covid-19

Seorang lagi wakil rakyat di sini yang dihubungi, Datuk Dr.Joachim Gunsalam, berpendapat PKP perlu dilanjutkan, namun perlu dilonggarkan terutama di kawasan zon hijau yang membolehkan aktiviti khusus seperti pertanian, dan aktiviti sukan dalam kalangan mereka yang tiada kontak rapat (close contact) dengan mana-mana individu yang disyaki atau positif Covid-19.

Menurut Joachim yang juga ADUN Kundasang, kelonggaran terkawal dalam kalangan mereka yang berada di zon hijau untuk melakukan aktiviti khusus adalah perlu  bagi menghindar dari penyakit “kemurungan” akibat PKP.

Dr.Jurry & Suzi

Seorang Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Jurry Foo, 42, dari Kg.Muhibbah di sini, bersetuju tempoh PKP perlu dilanjutkan sekiranya penularan masih aktif bagi mengelakkan penyakit ini terus memberi kesan yang negatif kepada masyarakat secara keseluruhan.

Menurutnya, kefahaman tentang perlunya PKP perlu diperluaskan lagi kepada mesyarakat agar mereka betul-betul mengetahui mengapa perlu PKP dan dapat memainkan peranan mereka dalam menyekat penularan virus tersebut.

“Namun rakyat perlu mencari inisiatif untuk menjalankan aktiviti yang memanfaatkan bersama tanpa melanggar arahan PKP,” ujar Jurry.

Pandemik Covid-19  yang kini telah meragut labih 70 ribu nyawa di seluruh dunia yang mana Malaysia telah merekodkan 4,228 kes dengan 67 kematian setakat 9 April 2020. Peningkatan kes setiap hari dalam negara tentunya merisaukan rakyat di negara ini.

Waideh Laumin

Seorang pendidik, Waideh Laumin, 49, dari Kundasang Lama berkata, Covid-19 adalah pandemik paling dahsyat, namun wabak maut ini boleh dicegah dari terus merebak menerusi penjarakan sosial, duduk diam di rumah dan mengamalkan penjagaan kesihatan diri setiap masa. Justeru beliau menyokong penuh sekiranya kerajaan melanjutkan tempoh PKP.

“Perlanjutan tempoh PKP juga akan  memberikan masa kepada petugas hadapan untuk fokus merawat pesakit covid-19 sedia ada,” kata Waideh yang bertugas di Sk.Kinasaraban di sini.

Suzi Binti Munyan, 39, Kg Namaus Lama Ranau turut berpendapat, tempoh PKP wajar dilanjutkan kerana dari hari ke hari kita melihat penambahan kes mendadak seluruh negara. Katanya selagi tiada penurunan kes maka selagi itulah PKP perlu dilanjutkan.

Allen Ryaner, 42, Kg kilimu  juga  mahu PKP teruskan bagi mengelak berlakunya penularan jangkitan COVID 19 khususnya ke daerah ini kerana masih terdapat jangkitan berlaku di daerah lain dan kerana Ranau berada di laluan utama menghubungkan KK ke daerah Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu dan Tawau.

Clarence D & Patricia

Seorang lagi pengamal media di sini, Clarence Dol, 44, Kg Kilimu Ranau berkata, PKP sangat perlu dilanjutkan memandangkan pandemik masih wujud di negara kita mahupun negara-negara jiran. Katanya, kalau PKP dihentikan selepas 14 April, tidak syak lagi jangkitan baru Covid19 akan meningkat.

“Saya sangat-sangat setuju PKP dilanjutkan sebab kes-kes terbaru negara tiada penurunan yang ketara, biarlah PKP berterusan selagi kes Covid19 belum selesai, nanti kalau tiba-tiba kes meningkat sekiranya PKP ditamatkan maka terpaksa lockdown yang mana kerajaaan akan buat, lagi rakyat susah,” kata Endy Ladis, 46, dari Kg Gana-Gana Ranau.

Endy & Greg

Seorang penduduk Kg.Sugud Penampang
Greg Nelson Livis, 36, yang turut berkongsi pandangannya berkata, tempoh PKP perlu dilanjutkan bagi memastikan rangkaian penyebaran penyakit virus Covid 19 benar-benar dipatahkan dan masa semasa  Masih ada penyebaran penyakit virus ini di dalam negara khususnya di negeri Sabah. “Tempoh perlu dilanjutkan sehinggalah kes-kes penyebaran penyakit ini berapa di tahap yang tidak berbahaya dan tiada lagi kes-kes penyebaran baru,” kata Greg.

Hatilin Mudin, 43, Kg Rakyat Baru Menggatal, juga berpendapat PKP perlu di lanjutkan sehingga jangkitan Covid-19 ini betul-berul putus.

“Ini sebab masih ramai yang di kuarantin dan close contact orang-orang yang kena kuarantin masih ramai di luar sana. Saya bimbang penyakit ini menular balik terutama di sekolah-sekolah,” ujar beliau.

“Saya sangat setuju PKP diteruskan. Bilangan jangkitan terus meningkat dan ia benar-benar membimbangkan. Kita tidak meramalkan ini akan berhenti atau dihilangkan dengan cepat kerana masih ada segelintir masyarakat yang masih tidak mahu mematuhi gesaan untuk ‘stay at home’,” kata seorang lagi penduduk Kg.Sugud, Penampang, Patricia George, 58.

Hatilin & Allen

Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui pada Jumaat ini, 10 April selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Keputusan kerajaan sama ada melanjutkan atau menamatkan PKP pastinya mendapat pelbagai riaksi di kalangan rakyat negara ini temasuk warga Ranau. Namun beberapa penduduk di sini yang sempat dihubungi mahu tempoh PKP dilanjutkan sehingga rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Fatimah Yabeh & Huinah

Bagi salah seorang penduduk Kg.Paka Dua, Nazri Abdullah, 47, pelanjutan tempuh PKP akan memberi kesedaran kepada ramai penduduk yang masih ingkar dengan memandang sambil lewa arahan kerajaan agar ‘Stay At Home’ (tinggal di rumah)  sepanjang PKP dilaksanakan sebagai langkah mencegah penularan virus Covid-19.

“Kalau rakyat semua memahami tujuan kerajaan melaksanakan PKP, maka sudah pasti PKP akan berakhir apabila rangkaian Covid-19 itu terputus”, jelas Idnan Bin Haji Sadi dari Kg.Tudan Baru Keningau.

Falvinna dan Hasrineh

Bagi salah seorang penduduk Kg.Paka Dua, Nazri Abdullah, 47, juga bersetuju pelanjutan tempuh PKP itu bagi memberi kesedaran kepada ramai penduduk yang masih engkar dengan memandang sambil lewa arahan kerajaan agar ‘Stay At Home’ (tinggal di rumah) bersama keluarga tersayang sepanjang PKP dilaksanakan

Sementara itu, Huinah Binti Saumin, 44, Hasrineh Musry, 35, dari Kg. Napong 1, Ranau dan Falvinna Floyd, 25, Taman Ria Tawau turut berpendapat agar tempoh PKP wajar dilanjutkan kerana masih terdapat segelintir masyarakat gagal mematuhi perintah kawalan penjarakan sosial sebagai salah satu langkah penting untuk memutuskan rantaian penyebaran virus.

Idnan Sadi & Omar Dan isteri Lydia.

Menurut mereka, memandangkan virus Covid-19 ini mudah dan cepat berjangkit, maka perlu ada kawalan atau pemantauan sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan berada di tahap terkawal, bebas dari wabak.

Selain itu, mereka juga berharap agar kelonggaran bergerak dapat diberi kepada kawasan-kawasan yang diketagorikan dalam zon sederhana atau zon hijau dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan KKM perlu melihat data sehingga 10 April ini untuk menentukan sama ada PKP perlu dilanjutkan atau sebaliknya.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN